Masktank Scuba Putrajaya ialah sebuah pusat latihan selam skuba yang beroperasi aktif di Putrajaya, diasaskan oleh seorang instructor berpengalaman dengan lebih 13 tahun dalam industri selaman. Bermula daripada satu sesi Discover Scuba Diving (DSD) pada tahun 2012, kini Masktank telah membantu lebih 500 peserta dari pelbagai latar belakang untuk mendapatkan lesen dan keyakinan di dalam air.
Gambar: Masktank Scuba
Asal Usul Masktank Scuba Putrajaya: Semangat Mengajar dan Berkongsi
Instructor utama Masktank menemui inspirasi daripada kepuasan apabila melihat pelajarnya berjaya menyelam dengan selamat dan yakin. Antara pengalaman paling bermakna ialah membimbing kanak-kanak dan pelajar autism sehingga berjaya menyelam dengan baik. Pendekatan sabar dan mesra menjadikan setiap sesi latihan lebih menyenangkan dan berkesan.
“Tiada masa untuk ke pulau atau terhalang oleh musim tengkujuh? Kini anda boleh mulakan kursus selam skuba bersama Masktank Scuba di Putrajaya! Latihan lengkap, selesa dan profesional. Semuanya tersedia dekat dengan anda. Tak perlu keluar dari bandar untuk mula belajar cara terokai dunia bawah laut!”
Scuba Malaysia
Tenaga Pengajar Masktank Scuba
Di Masktank Scuba, kami percaya bahawa pengalaman menyelam yang selamat dan menyeronokkan bermula dengan bimbingan daripada tenaga pengajar yang berkelayakan dan berdedikasi.
Semua instructor kami memiliki sijil profesional serta pengalaman luas dalam melatih penyelam dari pelbagai latar belakang.
Antara tenaga pengajar kami:
Farhan – Instructor
Abang Sam (Paksu) – Instructor
Deen – Instructor
Instructor Abang Sam (Paksu)
Instructor Deen
Latihan anda juga akan dibantu oleh divemaster berpengalaman yang sentiasa bersedia memberikan sokongan, tunjuk ajar, dan perhatian sepanjang perjalanan pembelajaran anda, sama ada di kolam mahupun di laut.
Kursus Skuba Yang Ditawarkan
Masktank Scuba menawarkan pelbagai kursus selam yang sesuai untuk pemula hingga ke tahap profesional:
Kursus Asas & Lanjutan:
Discover Scuba Diving (DSD)
Open Water Diver
Advanced Open Water
Rescue Diver
Divemaster
Kursus Kepakaran (Specialty):
Enriched Air Nitrox, Deep Diving, Wreck, Night Dive
Peak Performance Buoyancy (PPB)
Equipment Specialist
Emergency Oxygen Provider
Search & Recovery
Emergency First Response (EFR)
PADI AWARE
Instructor Farhan
Gambar: Masktank Scuba
Bonus Eksklusif untuk peserta Open Water:
✔️ Dive computer percuma sepanjang kursus
✔️ Perlindungan insurans selam tanpa caj tambahan
Baca di sini: Jenis-Jenis Kursus Selam Skuba
Latihan Selam & Lokasi Menyelam Pilihan
Walaupun berpusat di Putrajaya, latihan laut biasanya dijalankan di lokasi-lokasi popular seperti:
Pulau Perhentian – lokasi kegemaran: San Choi, terkenal dengan ribuan ikan dan wreck
Pulau Redang
Pulau Tioman
Latihan asas biasanya dijalankan di kolam renang sekitar Putrajaya untuk memastikan pelajar benar-benar bersedia sebelum menyelam di laut terbuka.
Kemudahan Latihan Menyelam Terbaik dan Lokasi Kolam Renang di Putrajaya & Lembah Klang
Masktank Scuba menawarkan kemudahan latihan menyelam yang lengkap dan selesa di lokasi strategik sekitar Lembah Klang. Pusat latihan utama terletak di Kelab Tasik Putrajaya, manakala sesi tambahan turut dijalankan di Pusat Akuatik Shah Alam. Kedua-dua lokasi ini menyediakan kolam renang yang selesa dan tenang serta sesuai untuk pemula berlatih dalam persekitaran yang terkawal sebelum turun ke laut terbuka. Latihan dalam kolam memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan, menguasai teknik asas dan belajar menyelam dengan selamat serta yakin bersama instructor berpengalaman
Kelab Tasik Putrajaya
Pusat Akuatik Darul Ehsan
Kenapa Perlu Pilih Masktank Scuba?
Masktank Scuba menawarkan kelebihan unik yang menjadikannya pilihan ramai:
Belajar di kolam dahulu sebelum ke laut
Dive computer hands-on – peserta akan belajar menggunakannya sendiri
Insurans PERCUMA untuk kursus Open Water
Pakej lengkap – termasuk penginapan, makanan, bot, dan cukai taman laut
Jurulatih profesional dan berpengalaman
Fleksibel ikut keperluan peserta
Fokus utama pada keselamatan dan keselesaan peserta
Tips Dari Masktank Scuba Untuk Mereka Yang Baru Nak Mula Menyelam
“Kalau masih ragu-ragu, cuba dulu Discover Scuba Diving. Kalau dah rasa seronok, teruskan dengan lesen Open Water. Paling penting, pilih instructor yang sabar dan senang difahami.”
Masktank Scuba percaya bahawa pendekatan pengajaran yang betul akan membentuk asas yang kukuh dan pengalaman yang menyeronokkan untuk penyelam baru.
Hubungi Masktank Scuba Putrajaya Hari Ini
Berminat untuk belajar menyelam bersama Masktank Scuba Putrajaya? Hubungi mereka di:
WhatsApp: www.wasap.my/60192400762
Facebook: facebook.com/masktankscuba
Instagram: @masktankscuba
TikTok: @masktankscubaofficial
Info lanjut mengenai Masktank Scuba : https://scubamalaysia.com/masktank-scuba
Ingin tahu tentang menyelam skuba tetapi tidak pasti di mana untuk bermula? Scuba Diving for Beginners: 5 Steps to Dive into Your First Thrilling Adventure memberi panduan asas, dari peralatan hingga teknik dan apa yang boleh dijangka pada selaman pertama anda. Sesuai untuk pemula yang bersedia untuk menerokai keajaiban di bawah permukaan air.Blog ini akan memastikan anda bersedia dan terinspirasi untuk pengembaraan seterusnya! 🐠🌊